Monday 17 December 2012

Adakah anda yakin dengan sistem trading anda?

Hari ni saya nak bincang tentang keyakinan kita terhadap trading system kita di dalam bidang forex ni. adakah anda percaya dan yakin sepenuh hati dengan trading sistem anda?

Kita memang pun telah tahu yang memang terdapat banyak trading system yang di sogok oleh para "guru" di dalam trading forex ni.
Pernah saya baca ada bermacam-macam cara untuk trade forex ni. jadi para newbie macam kita ni pun pening nak ikut yang mana 1. Saya pernah membuat kesilapan ini bila mengubah cara trade saya dan akaun saya terus margin call biarpun demo account sahaja. bayangkan kalau duit sendiri yang hangus ini akan mengganggu emosi kita untuk meletakkan trade yg seterusnya.

Kita juga tahu fakta bahawa 95% traders adalah gagal di dalam bidang forex dan kita pun fikir owh, bagaimana ya 5% traders lain boleh berjaya dalam bidang ni? Kenapa kita x boleh jadi 5% dari para traders tersebut? Kita pun cuba belajar cara mereka trade tetapi kenapa kadang2 kita masih membuat kesilapan di dalam trade? Yang menjadi masaalah di sini ialah bila kita nak belajar semua cara trading tersebut menyebabkan kita pening kepala mengerah keringat untuk belajar sesuatu benda yang baru hingga menyebabkan keputusan trading kita tidak mengikut sistem kita yg sedia ada yg memang telah dibuktikan berjaya oleh para traders contohnya seperti sistek kuasa forex ni. kalau x macam mana ramai student pak nasir ni berjaya dan ada 21 student nya dah jadi jutawan forex. saya masih lagi belum jutawan dan saya juga ingin menjadi seorang jutawan forex seperti anda jadi harap kita sama2 berjaya ya InsyaAllah.. Amin..

Saya tahu yang kita sering melihat mereka meletakkan screen shot yg mereka dapat wang beribu-ribu dalam sekali trade dan itulah yg menjadikan pembakar semangat kita untuk ikut jejak mereka. Tapi bukan senang nak dapatkan hasil pips seperti mereka jika kita x YAKIN DAN BERDISIPLIN untuk ikut cara mereka trading!

YAKIN! YAKIN! YAKIN! DISIPLIN! DISIPLIN! DISIPLIN!

terapkan ini dalam minda kita semasa trading.

di sini saya ada screen shoot untuk pada minggu ni untuk eur usd 10-18 Disember 2012.

ini adalah buy signal yang kita semua jumpa di chart  pada 10 disember lepas betul x?
Saya nak tanya mesti banyak yang difikirakan anda semasa signal ini berlaku kan?
1. Adakah anda fikir jika buy adakah ia akan naik terus ataupun market akan reverse?
2. Adakah downtrend akan terus turun kalau aku buy di sini?

Jadi di sinilah kita akan membuat proses berfikir sedikit untuk melihat atau tunggu konfirmasi sama ada downdtrend telah berakhir. macam mana nak tahu downdtrend dah berakhir dan uptrend akan bermula? jawapan ada di bawah. harap semua mendapat manfaat insyaAllah.

Saya tahu yang kita memang akan siap sedia untuk buy di saat bolinger band bertukar menjadi biru  kan? tapi adakah kita yakin untuk enter di position ini? kalau kita tidak yakin dengan sistem yang kita ada iaitu enter position buy dan letak stop-loss sebanyak 5-10 pips dibawah bollinger bands biru.
Sebelum kita decide untuk enter trade ni kita dah semak dan study yang downtrend minggu lepas telah pun berakhir setelah shadow panjang telah muncul dan hari isnin harga sideways sekejap dan momentum dilihat akan pergi ke atas dengan bentuk yang mula berbentuk U shape kerana itu adalah antara sifat2 pair EU ni. yang antara sifat bentuk nya adalah U, N , M dan W. Trade ini juga semakin confirm sebab price telah pun break center bollinger band yang saya letak iaitu period 80 dan menggunakan setting weighted close hh4. Biasanya kalau ada nampak ini berlaki, ini menunjukkan uptrend adalah valid ya. tapi tidak mustahil market akan berpatah arah walaupun analisa kita dah betul. akan tetapi sering kali sebelum ini berlaku market akan meneruskan uptrend selama beberapa hari antara 3-4 hari. kadang2 lebih dari itu.

lihatlah apa yang terjadi selepas 5 hari kemudian? market telah naik sebanyak 265 pips. ada untuk kita mendapatkan 50 pips daripada 265 pips itu mustahil ? semestinya tidak kan? ini cumalah hanya perspektif sama ada kita yakin atau tidak dengan sistem yang kita gunakan. kita juga harus berhati-hati saat bila uptrend akan berakhir dan mengambil peluang untuk sell jika market menunjukkan kelemahan momentum dan price nya menyentuh bolliger band yang berada di tengah. Saya pasti kalau kita tidak mengambil trade tersebut mesti kita akan merasa rugi serba sedikit tapi JANGAN berasa begitu kerana market akan sentiasa berulang2 dan buka 24 jam 5 hari seminggu jadi lebih banyak masa lagi kita akan dapat trade di lain setup jika diizinkan Allah. SABAR dan terus tunggu setup seterusnya mengambil tempat. janganlah kita trade tanpa  membuat decision yang betul dan berada di dalam emosi yang stabil.

Saya harap post saya kali ini dapat membantu anda dan menambah keyakinan anda dengan sistem trading anda sendiri. InsyaAllah kita akan berjaya jika berusaha.



Monday 3 December 2012

Jawapan Kepada Soalan En Roy



Berikut ada komen En. Roy. Terima kasih ya sebab baca blog saya yang x seberapa ni. hehe.
ok saya akan jawap soalan En Roy.
Yepp saya juga dulu ada masalah trading kerana tidak mengikut TREND. TREND adalah perkara yang amat penting di dalam trading tidak kira teknik apa pun yg kita guna.

Antara soalan yang dikemukakan oleh En Roy adalah

1. En. Amirul fokus kepada pair tertentu atau semua? Sebab tak mungkin kita monitor 24jam kan :)
Jawapan:
Saya trade pair yg major sahaja iaitu EURUSD, GBPUSD, GBPJPY, USDJPY. Saya x trade pair semua sebab takut nanti banyak sangat pair yg nak di monitor nanti takut buat silap pulak. hehe.

2. Klu Op rujuk kepada Indi dan trend, klu SL rujuk pada Bbands tapi bagaimana pula dengan TP? En.Amirul suka guna fixed tp (contoh 20pips setiap OP atau support/resistance terdekat atau trailing stop?
Jawapan:
Saya biasanya set target pada resistance R2 kerana biasanya kalau market sampai ke resistance 2 dia akan reverse balik. tapi ni depends dengan kehendak masing2. bagi saya kalau dah dapat apa yg saya nak tu close je. kalau rasa yg trend tu masih akan naik untuk minggu tersebut, boleh la guna trailing stop auto ataupun ubah stop-loss ikut kehendak sendiri.
yg penting profit. nanti kalau dah sampai resistance 2 then reverse jangan rasa menyesal pulak x close awal2. dan kalau price pergi ke resistance 3 jangan menyesal pulak close awal. ni lah yg dikatakan trading psychology. takut2 nanti kita buat decision yg salah masa trade nanti.

3. Klu trailing stop menurut kefahaman En. Amirul yg mana lebih baik fixed atau dynamic dan berapa pips?
Jawapan:
Kalau ikut kefahaman saya dynamic lebih bagus sebab kita x payah nak tengok graf sentiasa. tapi kalau fixed pun ok.


Harap jawapan saya dapat membantu En Roy.
Bagaimana dengan trading sekarang dah mula faham dah?
Kalau boleh share la jugak experience En Roy dalam trading sekarang ye. :)
Tolong kawan2 lain jugak.

Kalau siapa2 yg baru nak jenguk blog ni jangan malu2 pulak nak tanya soalan dan berkenalan ye. Sama2 kita belajar ye. Saya ni pun byk lagi kena belajar.
Kalau teringin nak guna kuasaforex ni or sapa2 ak beli ebook dia sila beli melalui link saya yang terdapat di atas ni ye. Tu adalah link affiliate saya. Adalah komisyen sikit nanti untuk buat duit trade. hehe. 

Terima kasih kerana membaca blog saya. 

Happy Trading. :)

Assalamualaikum.

GBPUSD Daily Trade UPDATE 3.12.2012

Saya nak update trade saya pada jumaat lepas dimana target untuk resistance 2 telah broke than beroleh sebanyak 594 pips. ataupun jika broker anda bukan ecn broker 59 pips. ini adalah trade pertama saya pada bulan disember ni. syukur alhamdulillah. walaupun lot kecik xpe rezeki. hehe. saya buy pada masa 1.60061 dan set target pada 1.60655. Trend untuk gbpusd pada minggu ni masih uptrend sampaila kalau dia pecahkan trendline yang dilukis tu. Happy Trading. :)

GBPJPY Daily Trade 3.12.2012


Okay dah lama saya x update trade saya sebab dah busy. harini saya trade gbpjpy buy pada 131.951 dan set target pada resistance 2 iaitu pada 132.888 dengan stop loss pada 131.375. reason kenapa saya buy adalah sebab trend masih uptrend. tapi saya akan ubah stop-loss kepada break-even untuk mengurangkan minima iaitu kalau market reverse balik pun saya akan close position automatically tanpa menerima kerugian. Happy Trading. :)

Wednesday 21 November 2012

Entry position yang betul. GBPUSD 21.11.2012

Assalamualaikum semua.
Terima kasih kerana ada yg sudi membaca dan membalas komen dan bertanyakan soalan di blog saya ni. Buat pengetahuan semua, saya hanyalah pengguna kuasa forex dan saya tidak ada kaitan apa2 pun dengan penulis ebook dan pencipta sistem kuasa forex ni. saya pun masih dalam peringkat blajar lagi. Tapi alhamdulillah sedikit sebanyak saya dapat memahami serba sedikit bagaimana caranya untuk mengaplikasikan apa yang telah di ajar di dalam buku tersebut.

Berikut adalah soalan yang ditujukan oleh salah seorang pembaca:
En Roy, saya pun newbie juga. jadi sama2 kita membantu ye. yepp saya x nafikan pada bulan2 terawal saya menggunakan teknik kuasa forex ni asyik loss memanjang je. saya pun panas jek. hehe. kenapa ye walaupun dah ikut rules tapi masih salah bukak entry position dan loss? Ada satu aspek penting yang saya x ambil perhatian betul2 masa baca buku tersebut! iaitu mengenai TREND! Trend ni amatlah berkuasa untuk menggerakan nilai matawang tersebut ke arah nilai yg tertentu. Jadi janganlah kita trade melawan arah trend. Tapi saya tidak mengakui mmg sukar jugak untuk mengetahui market sekarang uptrend ataupun downtrend. jadi untuk lebih senang nanti saya buat gambarajah yg mungkin diharap dapat membantu.


Saya akan gunakan pair GBPUSD pada timeframe 1HR pada tarikh hari ini iaitu 21.11.2012.

Sebelum membuka position, saya selalu tengok arah trend ke mana dan selepas tu baru saya decide untuk bukak position BUY or SELL.

Kalau tengok dari gambarajah, bollinger band berwarna merah menunjukkan arah downtrend, jadi intai peluang untuk sell sahaja manakala kalau bollinger band menunjukkan biru maka intai peluang untuk BUY sahaja.

Sebagai contoh gambarajah di atas, di sebelah kanan chart menunjukkan char adalah uptrend. Jadi saya mengintai peluang untuk buy. Kalau dulu saya mmg dah gelabah kalau masa uptrend tetibe ada signal sell, sebenarnya ini adalah untuk menngelirukan traders2 dengan menganggap bahawa trend telah berakhir dan membukak position sell. saya selalu silap dan tertipu kerana menganggap bahawa trend telah breakhir sebaik sahaja signal sell keluar pada indicator BBands SELL semasa trend masih ke arah UPTREND. saya pun akan close position saya buy dan bukak terus position sell. setelah ebberapa jam kemudian, harga akan naik balik semula ke arah uptrend dan menyebabkan saya kerugian dan akhirnya loss sebab hit stop loss. begitulah kesilapan yg sering saya lakukan.  jadi saya nasihatkan jangan sesekali bukak position sell apabila trend menunjukkan ke arah buy dan sebaliknya untuk down-trend. cara yg terbaik adalah meletakkan stop-loss bagi entry yg dah riding profit 20-30 pips di bawah bollinger band untuk elak dari kenak stop-loss. kalau kena stop-loss pun alhmadulillah seab dah dapat sebahagian profit. janganlah rasa menyesal pulak bila dah close position bila keesokann harinya harga akan naik lagi ye. kawal emosi kita n harus sentiasa bersyukur. di harap gambar rajah ini dapat membantu semua.

Peringatan semasa buat trade:
1. Jangan lawan arah trend! Kalau UP-TREND, bukak position BUY je. Kalau DOWN-TREND, bukak position SELL je. bunyinya mudah tapi sebenarnya susah! tapi timing tu yg kena betul. kalau lambat sangat masuk market atau bukak entry position berkemungkinan trend tersebut dah berakhir.



Monday 12 November 2012

GBPJPY KuasaForex Signal 13.11.2012

ok lama dah x update untuk daytrading guna kuasa forex ye. hari ni dalam kira2 pukul 6.30 pagi tadi jumpa signal buy dekat pair gbp jpy timeframe M30. tengok kuskus biru, asahi biru dan bollinger band pun biru saya pun siap2 open position dekat 126.276 dengan TP letak dekat resistance 127.147. before ni ada silap bukak gbp jpy sbb tengok timeframe yg lebih besar. ni la jadi sebab x ikut teknik kuasa forex. kena lebih disiplin lepas ni. by the way equity dah naik. nanti saya upload account exness nyer summary sbg bukti. alhamdulillah. thanks Allah n also siapa2 yg buat indicator ni. and also pa nasir from kuasa forex for teaching and show us macamana cara nk guna teknik ni.

Tuesday 2 October 2012

Forex Trading Diary 3.10.2012 EUR USD UPDATE

update skrg dah almost 50 pips. ingat nak ubah stop loss dekat pivot level. pastu target profit S2. kalau dah lepas S1 la.  pastu ubah stop loss ke S1. doakan sukses k. amin. InsyaAllah.