Wednesday 21 November 2012

Entry position yang betul. GBPUSD 21.11.2012

Assalamualaikum semua.
Terima kasih kerana ada yg sudi membaca dan membalas komen dan bertanyakan soalan di blog saya ni. Buat pengetahuan semua, saya hanyalah pengguna kuasa forex dan saya tidak ada kaitan apa2 pun dengan penulis ebook dan pencipta sistem kuasa forex ni. saya pun masih dalam peringkat blajar lagi. Tapi alhamdulillah sedikit sebanyak saya dapat memahami serba sedikit bagaimana caranya untuk mengaplikasikan apa yang telah di ajar di dalam buku tersebut.

Berikut adalah soalan yang ditujukan oleh salah seorang pembaca:
En Roy, saya pun newbie juga. jadi sama2 kita membantu ye. yepp saya x nafikan pada bulan2 terawal saya menggunakan teknik kuasa forex ni asyik loss memanjang je. saya pun panas jek. hehe. kenapa ye walaupun dah ikut rules tapi masih salah bukak entry position dan loss? Ada satu aspek penting yang saya x ambil perhatian betul2 masa baca buku tersebut! iaitu mengenai TREND! Trend ni amatlah berkuasa untuk menggerakan nilai matawang tersebut ke arah nilai yg tertentu. Jadi janganlah kita trade melawan arah trend. Tapi saya tidak mengakui mmg sukar jugak untuk mengetahui market sekarang uptrend ataupun downtrend. jadi untuk lebih senang nanti saya buat gambarajah yg mungkin diharap dapat membantu.


Saya akan gunakan pair GBPUSD pada timeframe 1HR pada tarikh hari ini iaitu 21.11.2012.

Sebelum membuka position, saya selalu tengok arah trend ke mana dan selepas tu baru saya decide untuk bukak position BUY or SELL.

Kalau tengok dari gambarajah, bollinger band berwarna merah menunjukkan arah downtrend, jadi intai peluang untuk sell sahaja manakala kalau bollinger band menunjukkan biru maka intai peluang untuk BUY sahaja.

Sebagai contoh gambarajah di atas, di sebelah kanan chart menunjukkan char adalah uptrend. Jadi saya mengintai peluang untuk buy. Kalau dulu saya mmg dah gelabah kalau masa uptrend tetibe ada signal sell, sebenarnya ini adalah untuk menngelirukan traders2 dengan menganggap bahawa trend telah berakhir dan membukak position sell. saya selalu silap dan tertipu kerana menganggap bahawa trend telah breakhir sebaik sahaja signal sell keluar pada indicator BBands SELL semasa trend masih ke arah UPTREND. saya pun akan close position saya buy dan bukak terus position sell. setelah ebberapa jam kemudian, harga akan naik balik semula ke arah uptrend dan menyebabkan saya kerugian dan akhirnya loss sebab hit stop loss. begitulah kesilapan yg sering saya lakukan.  jadi saya nasihatkan jangan sesekali bukak position sell apabila trend menunjukkan ke arah buy dan sebaliknya untuk down-trend. cara yg terbaik adalah meletakkan stop-loss bagi entry yg dah riding profit 20-30 pips di bawah bollinger band untuk elak dari kenak stop-loss. kalau kena stop-loss pun alhmadulillah seab dah dapat sebahagian profit. janganlah rasa menyesal pulak bila dah close position bila keesokann harinya harga akan naik lagi ye. kawal emosi kita n harus sentiasa bersyukur. di harap gambar rajah ini dapat membantu semua.

Peringatan semasa buat trade:
1. Jangan lawan arah trend! Kalau UP-TREND, bukak position BUY je. Kalau DOWN-TREND, bukak position SELL je. bunyinya mudah tapi sebenarnya susah! tapi timing tu yg kena betul. kalau lambat sangat masuk market atau bukak entry position berkemungkinan trend tersebut dah berakhir.



Monday 12 November 2012

GBPJPY KuasaForex Signal 13.11.2012

ok lama dah x update untuk daytrading guna kuasa forex ye. hari ni dalam kira2 pukul 6.30 pagi tadi jumpa signal buy dekat pair gbp jpy timeframe M30. tengok kuskus biru, asahi biru dan bollinger band pun biru saya pun siap2 open position dekat 126.276 dengan TP letak dekat resistance 127.147. before ni ada silap bukak gbp jpy sbb tengok timeframe yg lebih besar. ni la jadi sebab x ikut teknik kuasa forex. kena lebih disiplin lepas ni. by the way equity dah naik. nanti saya upload account exness nyer summary sbg bukti. alhamdulillah. thanks Allah n also siapa2 yg buat indicator ni. and also pa nasir from kuasa forex for teaching and show us macamana cara nk guna teknik ni.