Wednesday 21 November 2012

Entry position yang betul. GBPUSD 21.11.2012

Assalamualaikum semua.
Terima kasih kerana ada yg sudi membaca dan membalas komen dan bertanyakan soalan di blog saya ni. Buat pengetahuan semua, saya hanyalah pengguna kuasa forex dan saya tidak ada kaitan apa2 pun dengan penulis ebook dan pencipta sistem kuasa forex ni. saya pun masih dalam peringkat blajar lagi. Tapi alhamdulillah sedikit sebanyak saya dapat memahami serba sedikit bagaimana caranya untuk mengaplikasikan apa yang telah di ajar di dalam buku tersebut.

Berikut adalah soalan yang ditujukan oleh salah seorang pembaca:
En Roy, saya pun newbie juga. jadi sama2 kita membantu ye. yepp saya x nafikan pada bulan2 terawal saya menggunakan teknik kuasa forex ni asyik loss memanjang je. saya pun panas jek. hehe. kenapa ye walaupun dah ikut rules tapi masih salah bukak entry position dan loss? Ada satu aspek penting yang saya x ambil perhatian betul2 masa baca buku tersebut! iaitu mengenai TREND! Trend ni amatlah berkuasa untuk menggerakan nilai matawang tersebut ke arah nilai yg tertentu. Jadi janganlah kita trade melawan arah trend. Tapi saya tidak mengakui mmg sukar jugak untuk mengetahui market sekarang uptrend ataupun downtrend. jadi untuk lebih senang nanti saya buat gambarajah yg mungkin diharap dapat membantu.


Saya akan gunakan pair GBPUSD pada timeframe 1HR pada tarikh hari ini iaitu 21.11.2012.

Sebelum membuka position, saya selalu tengok arah trend ke mana dan selepas tu baru saya decide untuk bukak position BUY or SELL.

Kalau tengok dari gambarajah, bollinger band berwarna merah menunjukkan arah downtrend, jadi intai peluang untuk sell sahaja manakala kalau bollinger band menunjukkan biru maka intai peluang untuk BUY sahaja.

Sebagai contoh gambarajah di atas, di sebelah kanan chart menunjukkan char adalah uptrend. Jadi saya mengintai peluang untuk buy. Kalau dulu saya mmg dah gelabah kalau masa uptrend tetibe ada signal sell, sebenarnya ini adalah untuk menngelirukan traders2 dengan menganggap bahawa trend telah berakhir dan membukak position sell. saya selalu silap dan tertipu kerana menganggap bahawa trend telah breakhir sebaik sahaja signal sell keluar pada indicator BBands SELL semasa trend masih ke arah UPTREND. saya pun akan close position saya buy dan bukak terus position sell. setelah ebberapa jam kemudian, harga akan naik balik semula ke arah uptrend dan menyebabkan saya kerugian dan akhirnya loss sebab hit stop loss. begitulah kesilapan yg sering saya lakukan.  jadi saya nasihatkan jangan sesekali bukak position sell apabila trend menunjukkan ke arah buy dan sebaliknya untuk down-trend. cara yg terbaik adalah meletakkan stop-loss bagi entry yg dah riding profit 20-30 pips di bawah bollinger band untuk elak dari kenak stop-loss. kalau kena stop-loss pun alhmadulillah seab dah dapat sebahagian profit. janganlah rasa menyesal pulak bila dah close position bila keesokann harinya harga akan naik lagi ye. kawal emosi kita n harus sentiasa bersyukur. di harap gambar rajah ini dapat membantu semua.

Peringatan semasa buat trade:
1. Jangan lawan arah trend! Kalau UP-TREND, bukak position BUY je. Kalau DOWN-TREND, bukak position SELL je. bunyinya mudah tapi sebenarnya susah! tapi timing tu yg kena betul. kalau lambat sangat masuk market atau bukak entry position berkemungkinan trend tersebut dah berakhir.



3 comments:

  1. Terima kasih buat En. Amirul yang sudi reply komen saya tempoh hari.. Jawapan En. Amirul telah membuatkan saya sedar akan kesilapan utama saya iaitu trend. Skrg saya selain tf 30m, saya jg rujuk kepada tf 4h (Bbands). Klu En.Amirul tak keberatan blh saya tau :
    1. En. Amirul fokus kepada pair tertentu atau semua? Sebab tak mungkin kita monitor 24jam kan :)
    2. Klu Op rujuk kepada Indi dan trend, klu SL rujuk pada Bbands tapi bagaimana pula dengan TP? En.Amirul suka guna fixed tp (contoh 20pips setiap OP atau support/resistance terdekat atau trailing stop?
    3. Klu trailing stop menurut kefahaman En. Amirul yg mana lebih baik fixed atau dynamic dan berapa pips?

    Saya masih ingat En. Nasir bagitau dalam ebook "jangan langsung close profit untuk 5-10pips. But let profit run" yang saya faham adalah itu berkaitan dengan ratio risk/reward tapi tak dapat menangkap apa yg beliau cuba sampaikan. Apa pendapat En. Amirul? Jadi apakah exit yg sesuai untuk teknik ini?
    Harap saya tak "mengotorkan" blog ini lol...
    Semoga Tuhan murahkan rezeki En.Amirul dalam bidang ini.

    ReplyDelete

  2. Hi Roy. :)
    thanks sebab membaca blog saya ni. sama2 kita belajar ye. Btw Roy asal dari mana?

    Yepp saya pun banyak buat silap dulu kerana x ikut trend. Sekarang kena disiplinkan diri untuk tengok dulu arah market ke mana dan bukak position pada timing yg betul.

    Jawapan kepada soalan EN Roy saya cuba jawap dalam satu post. ni link nya

    Jawapan Kepada Soalan En Roy

    ReplyDelete
  3. salam, saya pun terfikir mcm tu jugak, timeframe sy gune 30minit, 15minit.. maksudnye.. jikalau downtrend merah, kite sell saje, jgn ubah untuk buy ke ? mcm tu ke ? tolong.. saya newbie jugak

    ReplyDelete