Monday 17 December 2012

Adakah anda yakin dengan sistem trading anda?

Hari ni saya nak bincang tentang keyakinan kita terhadap trading system kita di dalam bidang forex ni. adakah anda percaya dan yakin sepenuh hati dengan trading sistem anda?

Kita memang pun telah tahu yang memang terdapat banyak trading system yang di sogok oleh para "guru" di dalam trading forex ni.
Pernah saya baca ada bermacam-macam cara untuk trade forex ni. jadi para newbie macam kita ni pun pening nak ikut yang mana 1. Saya pernah membuat kesilapan ini bila mengubah cara trade saya dan akaun saya terus margin call biarpun demo account sahaja. bayangkan kalau duit sendiri yang hangus ini akan mengganggu emosi kita untuk meletakkan trade yg seterusnya.

Kita juga tahu fakta bahawa 95% traders adalah gagal di dalam bidang forex dan kita pun fikir owh, bagaimana ya 5% traders lain boleh berjaya dalam bidang ni? Kenapa kita x boleh jadi 5% dari para traders tersebut? Kita pun cuba belajar cara mereka trade tetapi kenapa kadang2 kita masih membuat kesilapan di dalam trade? Yang menjadi masaalah di sini ialah bila kita nak belajar semua cara trading tersebut menyebabkan kita pening kepala mengerah keringat untuk belajar sesuatu benda yang baru hingga menyebabkan keputusan trading kita tidak mengikut sistem kita yg sedia ada yg memang telah dibuktikan berjaya oleh para traders contohnya seperti sistek kuasa forex ni. kalau x macam mana ramai student pak nasir ni berjaya dan ada 21 student nya dah jadi jutawan forex. saya masih lagi belum jutawan dan saya juga ingin menjadi seorang jutawan forex seperti anda jadi harap kita sama2 berjaya ya InsyaAllah.. Amin..

Saya tahu yang kita sering melihat mereka meletakkan screen shot yg mereka dapat wang beribu-ribu dalam sekali trade dan itulah yg menjadikan pembakar semangat kita untuk ikut jejak mereka. Tapi bukan senang nak dapatkan hasil pips seperti mereka jika kita x YAKIN DAN BERDISIPLIN untuk ikut cara mereka trading!

YAKIN! YAKIN! YAKIN! DISIPLIN! DISIPLIN! DISIPLIN!

terapkan ini dalam minda kita semasa trading.

di sini saya ada screen shoot untuk pada minggu ni untuk eur usd 10-18 Disember 2012.

ini adalah buy signal yang kita semua jumpa di chart  pada 10 disember lepas betul x?
Saya nak tanya mesti banyak yang difikirakan anda semasa signal ini berlaku kan?
1. Adakah anda fikir jika buy adakah ia akan naik terus ataupun market akan reverse?
2. Adakah downtrend akan terus turun kalau aku buy di sini?

Jadi di sinilah kita akan membuat proses berfikir sedikit untuk melihat atau tunggu konfirmasi sama ada downdtrend telah berakhir. macam mana nak tahu downdtrend dah berakhir dan uptrend akan bermula? jawapan ada di bawah. harap semua mendapat manfaat insyaAllah.

Saya tahu yang kita memang akan siap sedia untuk buy di saat bolinger band bertukar menjadi biru  kan? tapi adakah kita yakin untuk enter di position ini? kalau kita tidak yakin dengan sistem yang kita ada iaitu enter position buy dan letak stop-loss sebanyak 5-10 pips dibawah bollinger bands biru.
Sebelum kita decide untuk enter trade ni kita dah semak dan study yang downtrend minggu lepas telah pun berakhir setelah shadow panjang telah muncul dan hari isnin harga sideways sekejap dan momentum dilihat akan pergi ke atas dengan bentuk yang mula berbentuk U shape kerana itu adalah antara sifat2 pair EU ni. yang antara sifat bentuk nya adalah U, N , M dan W. Trade ini juga semakin confirm sebab price telah pun break center bollinger band yang saya letak iaitu period 80 dan menggunakan setting weighted close hh4. Biasanya kalau ada nampak ini berlaki, ini menunjukkan uptrend adalah valid ya. tapi tidak mustahil market akan berpatah arah walaupun analisa kita dah betul. akan tetapi sering kali sebelum ini berlaku market akan meneruskan uptrend selama beberapa hari antara 3-4 hari. kadang2 lebih dari itu.

lihatlah apa yang terjadi selepas 5 hari kemudian? market telah naik sebanyak 265 pips. ada untuk kita mendapatkan 50 pips daripada 265 pips itu mustahil ? semestinya tidak kan? ini cumalah hanya perspektif sama ada kita yakin atau tidak dengan sistem yang kita gunakan. kita juga harus berhati-hati saat bila uptrend akan berakhir dan mengambil peluang untuk sell jika market menunjukkan kelemahan momentum dan price nya menyentuh bolliger band yang berada di tengah. Saya pasti kalau kita tidak mengambil trade tersebut mesti kita akan merasa rugi serba sedikit tapi JANGAN berasa begitu kerana market akan sentiasa berulang2 dan buka 24 jam 5 hari seminggu jadi lebih banyak masa lagi kita akan dapat trade di lain setup jika diizinkan Allah. SABAR dan terus tunggu setup seterusnya mengambil tempat. janganlah kita trade tanpa  membuat decision yang betul dan berada di dalam emosi yang stabil.

Saya harap post saya kali ini dapat membantu anda dan menambah keyakinan anda dengan sistem trading anda sendiri. InsyaAllah kita akan berjaya jika berusaha.



No comments:

Post a Comment